Lay out kediaman Kampung Telekong Kuala Krai

Posted by tele | Posted in

Pada post kali ini saya akan cuba mengingati susun atur rumah-rumah yang terdapat di Kampung Petanding, Dalam Kelab, Ulu Geh dan Che Wal, sekitar tahun 1970 ia-itu tahun terakhir saya bermastautin di Telekong. Saya percaya saya tidak berupaya mengingati seratus peratus namun akan cuba menggapai sedaya mungkin. Saya mampu mengingati lokasi setiap rumah tetapi tidak mampu mengingati nama semua pemilik rumah berkenaan.

Bagi Kampung Dalam Kelab, tidak sampai 10 buah rumah sebenarnya. Ia didahului dengan rumah Haji Bakar, yang memiliki kebun getah yang agak luas. Anaknya bernama Abdullah dan Ustaz Mat. Sebuah rumah lagi dimiliki oleh seorang Haji yang berasal dari Ketereh juga rakan kepada Haji Bakar. Saya lupa namanya. Diikuti dengan rumah Haji Junus yang kemudiannya bernikah dengan Haji Mek Yam (balu kepada Tok Lembek) ia-itu emak kepada Tok Imam Saleh (Poknik Leh). Satu keluarga lagi yang mendiami kawasan ini ia-lah Ismail. Ismail ini mempunyai seorang isteri yang mencatatkan sejarah sedih dimana dia mengakhiri hidupnya dengan tangannya sendiri. Diikuti dengan rumah Mak Nab.



Di seberang bendang padinya terdapat sebuah rumah yang didiami oleh Tok Amoh dan isterinya Mek Wok. Tok Amoh ada seorang anak lelaki bernama Muhamad. Sekitar tahun 1969, rumah beliau hangus terbakar sama sekali.

Arah keluar dari Dalam Kelab terdapat dua buah rumah lagi ia-itu rumah Husin Esah. Setentang dengan rumah ini, ada satu lagi rumah yang dimilikki oleh Paktengah Ibrahim Cik Mek. Beliau ada beberapa anak ia-itu Mat Tahir - yang bernikah dengan Aminah anak Muhamad Bachok, Mat Zahari yang menikah dengan Munah dan beberapa anak perempuan yang saya tidak dapat mengingati nama mereka. Tercorot sedikit terdapat pula sebuah rumah yang dimiliki oleh Paksu Lah Maksu Setawa. Mereka ini ada beberapa orang anak ia-itu Raidi, Peli (Karim), Aripin dan yang perempuan bernama Sirah. Terdapat juga sebuah rumah berhampiran, yang didiami oleh adik kepada Maksu Setawa ia-itu Mek Som. Suami Meksom bernama mamat. Mereka ada seorang anak perempuan bernama Robiah.

Kearah keluar lagi dari Dalam Kelab ini ada dua rumah, yang pertama kepunyaan Mariam Cik Mud. Mereka ini ada dua anak lelaki ia-itu Umar dan Ismail. Sebelah rumah ini ia-lah rumah Tok Pak Lah Bageh ia-itu di depan tanah perkuburan.

Manakala di Kampung Petanding pula, bermula dari tanah perkuburan ia-lah rumah Hamzah (Mejah Muye). Di depan rumah ini ia-lah rumah Tok Bidah Tok Diro. Tok bidah ada dua anak lelaki ia-itu Ibrahim (gagap) dan Bedollah. Disebelahnya ia-lah rumah Azizah, anak kepada Mejah Muye. Di sebelah rumah Mejah ialah rumah Pak Da Soh Cik Som. Mereka ini ada lima anak ia-itu Chik Min, Muhamad Nor, Nordin, Nawi dan Suzuki. Disebelah rumah Pak Da Soh ia-lah rumah anaknya ia-itu Muhamad Nor Mek Zah. Mereka ini ada beberapa anak antaranya ia-lah Zaharudin, Zaimah dan lain-lain yang tidak dapat diingati.

Selari dengan rumah itu ia-lah rumah Makngah Wok Pakngah Umar. Mereka ini ada dua anak ia-itu Che Brahim (Abd Rahman) dan Maksu Timah. Maksu Timah ini ialah isteri kedua kepada Ismail Munah. Diikuti dengan rumah Maksu Timah dan Tok Lebai Nor (Tok Lebai Nor adalah anak kepada Tok Haji Mek Yam Haji Junuh Dalam Kelab) Tok Lebai Nor tidak lama tinggal dirumah ini apabila beliau berpisah dengan isterinya, rumah ini dijual kepada Mat Nor Lembek.
Selepas itu terdapat pula rumah Bidah Pok Chek. (Bidah ada beberapa anak diantaranya ia-lah Saupi). Sebelum Bidah menduduki rumah ini, tapak rumah ini didiami oleh Pak Kob Nyior. Pak Kob Nyior berpindah ke Pahang selepas menjual tapak rumah tersebut kepada Bidah. Didepan rumah Bidah ia-lah rumah Ismail Meksom. Meksom ia-lah anak kepada Pok Kar Dalam Kerawat.

Berhadapan dengan rumah Bidah ia-lah rumah Pakwa Latip Makwa Bidah. Di belakang rumah ini ia-lah rumah Umar Romoh. Arah keluar sikit ialah rumah Che Min Minah. Che Min ialah anak tiri Pakda Soh manakala Minah ialah anak kepada Tok Haji Mek Yam, dan adik kepada Lebai Nor. Dihadapannya ialah madrasah Kampung Petanding. Berhampiran madrasah ini ialah simpang jalan ke kampung Ulu Geh. Di simpang ini terdapat rumah Paktengah Deraman anak Tok Mat Sah. Sebelahnya ialah rumah Lah Munah (Munah bercerai dengan Lah dan menikah dengan Mat Zari Paktengah Berahim Chik Mek).

Tidak jauh dari situ ialah rumah Tok Lebai (Paktengah) Daud. Tok Lebai Daud ada beberapa anak antaranya ia-lah Dellah, Sanah, Esah dan Kiah. Di sebelah nya ialah rumah Kiah (anak Tok Lebai Daud) Che Hamid. Di hadapan rumah ini ialah rumah Pakda Junuh (Tok Petri) Makda Bidah. Diikuti dengan rumah anaknya Pesah Mamat Tok Mek Ye. Tidak jauh dari situ ialah rumah milik Tok Chik Soh (Tokmandor) Tok Meksom, ia-itu bapa saudara kepada Musa Pe'ah.
Arah kebelakangnya rumah Abang Sahak diikuti dengan rumah Pakda Semail Tok Chik Mbong. Pasangan ini ada anak nernama Derih, Seman dan Setajar. Kira-kira 200 meter terdapat pula rumah Muhamad (Bachok). Beliau ada beberapa anak antaranya ialah Mekyah (cantik orangnya), Mahmud, Aminah dan beberapa lagi.

Menghala ke Ulu Geh terdapat pula rumah Mak Haji Chik Wa dan anaknya Maksu Dah. Ke dalam lagi ialah rumah Pak Kob Tok Meksom ia-itu ayah kepada Mat Zain bas sekolah. Kira-kira 200 meter dari rumah ini ialah rumah Tok Haji Chik Noh. Haji Chik Noh Ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki. Mereka ialah Minah, Rohmoh dan Ismail. Minah menikah dengan Stapo manakala Rohmoh menikah dengan anak Stapo iaitu Mamat. Pernikahan Rohmoh dengan Mamat hanya dapat bertahan lebih kurang tiga bulan sahaja. Khabarnya Mamat kini menetap di Kuala Lumpur dan menjadi tukang urut terkenal. Beliau telah hilang penglihatan akibat satu insiden salah sasaran - sila betulkan fakta ini jika saya silap.

Tercorot dari kelompok ramai ia-lah rumah Saad. Saya tidak barapa ingat mengenai latar belakang beliau. Dan agak terasing lagi ia-lah rumah Stapo Minah ia-itu anak kepada Haji Tok Chik Nuh. Dan yang paling tercorot sekali terletak di hujung bendang Geh ialah sebuah rumah yang didiami oleh tiga beranak ia-itu Tok Somad, isteri dan seorang anak perempuanya.

Kembali semula ke simpang madrasah. Menghala ke Sungai Geh, selepas madrasah ialah rumah Paknik Lah Maksu Baru. Sampai ke parit, terdapat pula rumah Tok Lebar. Belakang rumah Tok Lebar ialah Rimah Pok Chek Temangan. Berdepan dengan rumah Tok Lebar ada satu Lorong menghala ke Bendang Jambu. Melalui lorong itu akan bertemu dengan rumah Chik Mud (Tok Jikir) Nisah. Selepas itu ada pula rumah Pak Merah iaitu bapa kepada Nisah Chik Mud. Kedalam lagi akan bertemu dengan rumah Pak Mat Jikir iaitu bapa Chik Mud Nisah dan juga rumah abangnya bernama Saleh. Sebelum rumah Pak Mat Jikir ini ada sebuah rumah rumah yang dipunyai oleh Tok Mat Sah Tok Chik Ye ia-itu ayah/ibu kepada Paktengah Draman. Dan rumah yang terakhir di lorang ini ialah rumah Li Tok Lembek ia-itu adik kepada Lebai Nor dan abang kepada Imam Saleh.

Kembali ke rumah Tok Lebar, di depannya ialah rumah Tok Muji Gemok. Depan rumahnyapula ialah rumah anaknya Sepiah Pak Lah. Arah ke Sungai Geh terdapat pula rumah Pak Su Abas. Pak Su Abas ada anak perempuan bernama Sawiah yang bernikah dengan Mustafa Tok Imam Daud. Berdepan dengan rumah ini ialah rumah Paksu Jusoh Maksu Nab. Paksu Jusoh ada beberapa anak ia-itu Mekyah (amat jelita sekali - bernikah dengan Ibrahim Samsila -,pelakon filem Harimau Berantai) Rusdi, Rumli, Khazanah, Azmi dan Kamil. Dibalakang rumah ini ialah rumah Chik Dris dan rumah Bakar Makelesom. Daripada Sungai Geh hingga ke parit Sekolah, hanya ada dua rumah iaitu rumah Haji Mat dan Rumah Ya Tok Imam iaitu dibucu pagar sekolah. D ihadapan pagar sekolah ada tiga buah kuartes guru didiami oleh Cikgu Mat Raja (Raja Muhamad) , Chikgu Nor dan gurubesar Chikgu Nik Wan. Di belakang sekolah ada empat rumah lagi ia-itu rumah Pok Bosu Hasan, Pak Nik Bakar, Tok Ayoh Somad dan Hawa Hassan Cermin Mata.

Menghala ke Dalam Kerawat dari sekolah ialah rumah Paktengah Yaakob Tok Chikmbong. Antara anak mereka ialah Ibrahim dan Ramlah. Ramlah ini famous lah juga ketika itu kerana ditatang sepenuhnya oleh ibunya. Nama timangannya dikalangan kami ialah Maksu Lah dan beliau adalah antara teman rapat dan sahabat karib saya semasa bersama di kampung dahulu dan sekarang ini beliau menetap di Kuala Lumpur - I miss you Maksu!.

Sampai di kawasan ini berakhirlah lokasi penempatan dalam kawasan Kampung Petanding. Begitulah susun atur dan jumlah kediaman serta bilangan penduduk secara amnya dalam kampung ini. Ia tidaklah "sesak" sepertimana sekarang ini.

Comments (0)