Great Telekong Versi 2
Posted by tele | Posted in
Salam sejahtera kepada pelayar blog Great telekong.
Penulis telah lebih setahun tidak mengemaskini blog Great Telekong. Bukan tidak berhajat memuatkan entri baru tetapi sebenarnya penulis telah ditarik satu nikmat oleh Allah SWT iaitu penulis telah gagal mengingati password untuk blog Great Telekong yang lama itu. Dah puas penulis mencari data berkenaan dalam komputer penulis tetapi malangnya tidak bertemu.
Setahun lamanya daripada entri terakhir pada bulan Mac 2009 hingga kini masih lagi gagal menemui password tersebut. Sudah habis ikhtiar untuk mengingatinya. Maka dengan amat sedihnya, My Great Telekong terpaksa saya biarkan di alam maya membawa dirinya tanpa dapat saya buat apa-apa lagi.
Maka sebagai gantinya dengan ini saya terpaksa membina satu blog baru iaitu Great Telekong versi 2 bagi meneruskan karya saya mengenai Kampung yang amat saya rindu setiap masa.
Dengan adanya Great Telekong versi 2 ini, saya akan seberapa yang termampu, bergantuing kepada info yang saya ada, akan saya kemaskinikan dari masa kemasa. InsyaAllah.
Jumpa lagi.
Comments (0)
Catat Ulasan