Sejarah Masjid Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan

Posted by tele | Posted in

Beberapa minggu yang lepas, ada pehak yang berasal dari Kampung Telekong, Kuala Krai, Kelantan ingin mendapatkan maklumat mengenai tapak masjid lama (sebenarnya dipanggil surau) Kampung Telekong dan diutarakan melalui Group Facebook Anak Kg Telekong.

Pelbagai respon juga dari warga Telekong di ajukan dalam facebook berkaitan dengan sejarah asal tapak masjid lama tersebut. Penulis telah maklumkan berdasarkan pandangan penulis bahawa tapak masjid lama itu tidak diwartakan sebagai tapak rumah ibadat. Bagi memastikan fakta sebenar terhadap tapak masjid itu, penulis telah membuat kajian dan siasatan dan di bawah ini adalah fakta yang ditemui.  

ZAMAN DARURAT/KOMUNIS:

Selepas Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua, Pasukan Bintang Tiga (Komunis) telah merampas kuasa di Tanah Melayu sebelum tentera British kembali.

Pada masa itu terdapat sekumpulan etnik China di Kampung Dalam Kelab. Mereka ini dieksploitasi oleh komunis untuk membantu gerakan mereka. Selain etnik China ini, penduduk Kampung Patak juga menjadi mangsa  komunis dengan memaksa mereka membelikan makanan, pakaian dan ubatan untuk anggota  komunis yang berada disekitar hutan kampung Patak.

Bagi menyekat gerakan komunis ini, kerajaan British memutuskan untuk memindahkan semua penduduk Kampung Patak ke satu penempatan baru yang dipanggil Dalam Kerawat (Telekong Baharu).

Bagi tujuan tersebut kerajaan british telah mengambil balik tanah milik seorang penduduk iaitu Che Munah binti Wanik yang berhampiran jalan raya Kuala Krai Kelantan.

( Che Munah binti Wanik ialah isteri kepada Chikgu Ibrahim bekas setiausaha sulit Tan Sri Mohamed Yaacob semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan era 1980han hingga 1990. Tapak rumah Che Munah ini sebahagiannya adalah masjid yang ada sekarang ini di bahagian hadapan.)

Selepas itu kawasan tersebut telah dipecah lot untuk diagehkan kepada semua ketua keluarga yang dipindahkan daripada Kampung Patak. Antara mereka yang penulis masih ingat (mengikut gelaran nama) ialah:
1. Tok Imam Daud
2. Pakda Tayib (bilal)
3. Tok Che Wel
4. Pak Lah komunis
5. Tok Imam Droman
dan lain-lain (semua nama-nama diatas telah meninggal dunia - al fatihah untuk mereka)

Selain tapak rumah, layout kampung juga disediakan lot untuk tapak masjid dan juga tapak pejabat operasi SC (Special Constabel iaitu pasukan polis khas yang mengawal kampung itu) serta rizab jalan.

Keliling kampung baru ini dipagar dengan kawat duri setinggi lebih sepuluh kaki. Sebab itulah kampun ini dinamakan Kampung Dalam Kerawat.

(Tapak masjid lama pada masa ini ialah bangunan tadika di atasnya.)

Oleh kerana pada ketika itu tidak ada isu-isu berkaitan ugama, maka kerajaan british tidaklah menggazetkan lot tapak masjid itu sebagai tapak rumah ibadat.

Di atas tapak itu didirikan sebuah bangunan beratap zing, dinding papan dan lantai simen dan sebuah telaga digali, dijadikan masjid bagi Kampung Dalam Kerawat, Kampung Petanding, Kampung Dalam Huma serta Kampung Che Wal.

Bermula dari tahun-tahun 1947 sehingga tahun 1967 di masjid itulah segala aktiviti keugamaan dan juga mesyuarat-mesyuarat berkaitan pembangunan kampung seperti menubuhkan Syarikat Kerjasama Kampung Telekong diadakan.

Pada tahun 1967, sebuah bangunan masjid baru telah didirikan. Ianya didirikan di atas tapak bekas pejabat SC dan bekas tapak rumah Che Munah Che Gu Ibrahim. Setelah siap masjid baru ini, maka segala kegiatan ibadat telah dipindahkan ke masjid baru daripada masjid lama dan masjid lama dikosongkan.

Bagunan masjid lama kekal di tempat asalnya sehinggalah beberapa dekad kemudian, bangunan itu telah lenyap.

PEMILIKAN OLEH INDIVIDU KE ATAS TAPAK MASJID LAMA

Seperti yang dijelaskan diatas tadi, pehak kerajaan british tidak mewartakan tapak masjid lama itu sebagai tapak rumah ibadat. Setelah Malaysia merdeka pada 1957, kerajaan yang memerentah negeri Kelantan samaada kerajaan BN atau Pas juga tidak mewartakan lot tersebut sebagai tapak rumah ibadat.

Dengan situasi tersebut maka status lot tersebut kekal sebagai tanah kerajaan (state land) yang layak dipohon oleh sesiapa untuk memilikinya.

Sekitar tahun 1970han, ada sesorang telah memohon (bayar deposit) lot tersebut. Pemohon berkenaan tentulah seorang yang arif berkenaan dengan hal ehwal kampung. Beliau memohon untuk anak perempuannya.

Permohonan tersebut terpendam berpuluh tahun. Setelah kerajaan bertukar tangan daripada BN kepada Pas pada tahun 1990, permohonan tersebut kemudiannya diaktifkan balik. Beberapa tahun kemudian setelah permohonan itu melalui beberapa proses biasa di pejabat tanah Kuala Krai, maka ianya telah diangkat kepada Jawatan Kuasa Tanah Jajahan untuk pertimbangan kelulusan.

Jawatan kuasa berkenaan akhirnya meluluskan permohonan tersebut dan dengan itu lot tapak masjid berkenaan telah terdaftar menjadi hakmilik individu yang berkenaan.

Dari segi Akta Kanun Tanah Negara, pemilik berdaftar berkenaan adalah pada masa ini pemilik yag sah bai lot tersebut. Tidak ada mana-mana pehak yang boleh merampas tanah itu termasuk kerajaan sendiri, melainkan melalui proses Akta Pengambilan Tanah.

Tulisan ini tidak bertujuan menyebelahi mana-mana pehak melainkan semata-mata mencatatkan penemuan sejarah tapak masjid itu daripada bermula wujudnya Kampung Dalam Kerawat sehinggalah lot itu menjadi hakmilik seseorang.

Program Community Policing mengimarahkan Masjid Peringkat IPD Kuala Krai.

Posted by tele | Posted in

Tarikh :07.02.2014
Tempat : Masjid Kampung Telekung,Kuala Krai
Kehadiran:-
1. Insp. Jambri bin Ibrahim
(Ketua Polis Balai Kuala Krai)
2. Insp Idham (Caw.Trafik)
3. Sjn Abu Samah (Caw.JPPJ)
4. Sjn Md.Nor bin Daud ( Caw.Trafik)
5. Sjn 111108 Aziz dan 10 Anggota dari Balai polis Kuala Krai.
6. 1 anggota Caw.Persenjataan dan 1 angota Caw. Khas.
7. Imam Masjid, AJK Masjid dan penduduk Kampung Telekung.
Tujuan / Objektif program.
1. Mengeratkan hubungan antara warga PDRM IPD Kuala Krai dengan masyarakat di Telekung.
2. Telah memberi taklimat tentang betapa perlunya hubungan erat dan kerjasama antara polis dan masyarakat melalui kaedah amal makruf dan nahi mungkar.
3. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat betapa pentingnya pencegahan jenayah yg merebak disebabkan oleh masalah sosial.
Maklum balas yang diterima daripada masyarakat setempat.
1. Penduduk setempat yang juga melalui jawatan kuasa masjid amat berbangga dengan kehadiran pihak polis.
2. Pihak masjid dan penduduk telah meminta untuk tambah kekuatan anggota pondok kerana faktor jarak pondok yang agak jauh dari balai Kuala Krai.
LikeLike ·  · 

Pekerja kilang papan cedera ditembak

Posted by tele | Posted in

30/09/2011 - Gara-gara bergaduh kerana hutang dadah, seorang pekerja kilang papan cedera ditembak di bahagian paha di Kampung Telekong, Kuala Krai, petang semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa yang berusia 35 tahun berasal dari Dabong itu, kini dirawat di Hospital Kuala Krai dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Setakat ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan walaupun telah mengenal pasti suspek,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas kejadian itu yang berlaku kira-kira 6.30 petang, Jalaluddin berkata, pihaknya percaya kejadian berpunca daripada kegagalan suspek dan mangsa menyelesaikan hutang pembelian dadah jenis pil kuda. - Bernama

Yatim piatu sekelip mata

Posted by tele | Posted in

1 Oktober 2011 - KUALA KRAI (Sinar Harian) – Tiga beradik berusia enam, 14 dan 16 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang masuk ke Kampung Che Wal, dekat Telekong, di sini, semalam.

Pada kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Ismail Yaccob, 47, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, maut selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain.

Pasangan yang tinggal di Kampung Pek, Machang itu meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Siti Nurhafizah, 16, Siti Khairunisa, 14, dan Siti Nur Rasya Aleesya, 6.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja’apar berkata, kejadian berlaku ketika Ismail dalam perjalanan dari arah Machang untuk menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah kilang papan di Kampung Che Wal, dekat Telekong.

”Ketika sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai secara cuai membelok untuk masuk ke simpang itu dan berselisih dengan sebuah kereta Kancil dari arah sama.

”Kejadian menyebabkan penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah kereta Persona yang juga datang dari arah sama,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, Ismail berasal dari Kampung Pek, Machang dan Ruzainiah dari Kampung Che Wal, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah kepala.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Nurhafizah berkata, ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali tidak membawa Siti Nur Rasya Aleesya bersama mereka ketika keluar rumah pagi semalam.

”Biasanya ayah akan bawa adik (Siti Nur Rasya Aleesya) sekali bila hantar emak pergi kerja tetapi semalam mereka hanya keluar rumah berdua sahaja,” katanya.

Siti Nurhafizah kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang dan baru pulang ke kampung sempena cuti bulanan, kelmarin.

Siti Khairunisa pula pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan manakala Siti Nur Rasya Aleesya murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang.

Polis rampas senapang, bahan letupan

Posted by tele | Posted in

28 Januari 2012 - KOTA BHARU- Polis Kelantan menahan tiga lelaki termasuk salah seorangnya warganegara Thailand dan merampas selaras senapang patah bersama sebutir peluru ketika memeriksa sebuah kereta Proton Satria di Jalan Doktor, dekat sini, malam semalam.

Tiga lelaki terbabit yang berusia 41 hingga 55 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota, Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, yang diketuai oleh Asisten Superintendan, Bashar Salam dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam selepas menerima maklumat orang ramai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebaik menahan ketiga-tiga suspek itu, polis turut menemui enam butir peluru jenis 12 Bore yang disorok di dalam beg kain.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bonet kereta terbabit, polis turut menemui satu rangkai bahan letupan buatan sendiri yang dilekatkan pada sekeping kain.

“Selain itu juga, tindakan pantas pegawai dan anggota yang kemudiannya turut menemui enam telefon bimbit di dalam kereta terbabit,” katanya.

Jalaluddin berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit masing-masing berasal dari Thailand, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu dan Kampung Telekong dekat Kuala Krai, itu ditahan reman tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971; Seksyen 8A Akta Senjata api 1960; Seksyen 4 Akta Bahan Letupan dan Akta Imigresen terhadap warganegara Thailand kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan, ketiga-tiga lelaki terbabit akan melakukan jenayah berikutan senjata api serta bahan letupan yang mereka miliki itu.

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini, salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah.

Korban Perdana sasarkan golongan miskin

Posted by tele | Posted in

10 DISEMBER 2008 - KUALA KRAI - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daerah akan menganjurkan program Korban Perdana sempena sambutan hari raya Aidiladha, dekat sini, Sabtu ini.

Pegawai Kemas daerah, Anua Yusoff berkata, program menyasarkan golongan miskin sekitar Kuala Krai itu akan berlangsung di Balai Raya Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Telekong, bermula jam 8 pagi.

“Kita akan sembelih dua ekor lembu untuk dihidangkan pada majlis jamuan makan tengah hari, dan juga untuk diagihkan kepada golongan miskin yang sudah dikenal pasti.

“Tujuan utama program adalah untuk membantu orang miskin supaya mereka dapat turut sama merasai dan menghayati ibadah korban sempena Aidiladha,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Anua, program yang juga antara lain bertujuan merapatkan hubungan Kemas dengan masyarakat itu akan dimulakan dengan gotong-royong ibadah korban dan slot ceramah ketatanegaraan oleh penceramah motivasi agama, Ahmad Che Kob.

“Selain menghidupkan semangat gotong-royong, program juga bagi memberi peluang kepada pemimpin dan agensi kerajaan terlibat menyampaikan maklumat khususnya berkaitan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat,” kata Anua.

Anua berkata, majlis perasmian program dan pengagihan daging korban akan disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Katanya, program yang turut mengalu-alukan kehadi-ran semua lapisan masyarakat itu dijangka turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Hassan Mohd Amin.

Nasib anak yatim kembar Kampung Telekong dapat perhatian

Posted by tele | Posted in

KUALA KRAI - Nasib dua beradik kembar dari Kampung Telekong, dekat sini, yang bergelar anak yatim selepas kematian ayah mereka akibat nahas jalan raya baru-baru ini, mendapat perhatian ahli jawatan kuasa (AJK) UMNO bahagian ini, Noor Yakin Che Ahmad.

Noor Yakin berkata, kembar berusia 10 tahun itu, Mohamad Alif Aiman Bonia dan Mohd Asyraf Akmal Bonia diberikan sumbangan menerusi zakat perniagaan serta zakat simpanan dia dan keluarganya.

“Saya harap, sumbangan zakat ini diharap dapat meringankan beban, terutama membantu mereka membuat persiapan menjelang musim baru persekolahan tidak lama lagi,” katanya selepas penyampaian sumbangan itu, di sini, semalam.

Majlis di rumah Ketua Kampung Baru Telekong, Mohamad Ibrahim atau Abang Zahari itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Mukim Telekong, Abdullah Abu Bakar.

Kembar anak bongsu daripada empat adik beradik itu menjadi yatim selepas bapa mereka, Bonia Yaakob, 54, maut akibat dilanggar kereta di Jalan Kuala Krai-Machang berhampiran kampung itu, 15 November lalu.

Emak saudara anak yatim itu, Kamariah Mat yang turut hadir berkata, nahas berlaku awal pagi ketika adik iparnya dalam perjalanan pulang selepas menghantar pasangan kembar itu ke sekolah.

Katanya, kematian Bonia amat membebankan kehidupan adiknya, Maznah Mat, 51, apabila terpaksa mengambil alih tugas menyara empat anak yang semuanya masih bersekolah.

“Sekarang dia (Maznah) nak keluar menoreh pun susah sebab dulu, arwah suami dia yang hantar ke kebun setiap pagi selepas balik daripada hantar anak ke sekolah.

“Nak tunggang sendiri motosikal, dia tak pandai, jadi sekarang ini susah nak pergi kerja sebab kebun getah jauh,” kata Kamariah.

Menurutnya, selain pasangan kembar itu, dua lagi anak Maznah ialah Nurul Syuhada, 13, dan Nurul Fatihah, 17, yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Abang Zahari berkata, dia baru memaklumkan kesusahan Maznah sekeluarga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) minggu lalu dan berharap ianya mendapat perhatian segera agensi berkenaan.

“Kalau boleh dapat bantuan bulanan untuk perbelanjaan sekolah kembar ini pun sudah cukup untuk meringankan beban,” katanya.

Pejuang Anti Komunis Di Kg Telekong

Posted by tele | Posted in

Pada hari raya Aidil Fitri 2010 yang baru lalu, penulis telah berkesempatan balik ke Kampung Telekong untuk sama-sama berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai yang ada setelah beberapa tahun tidak berkesempatan untuk beraya dikampung.

Penulis juga membawa bersama semua anak-anak, menantu dan cucu, kecuali seorang anak penulis yang menetap di Perancis tidak dapat balik, untuk bersama-sama berhari raya. Kami tiba di Telekong pada hari Khamis, 9 September 2010, petang.

Penulis bersembahyang sunat Aidil Fitri di madrasah Kampung Petanding dan pada kesempatan itu, dapatlah bertemu muka dengan sahabat-sahabat lama. Khutbah disampaikan oleh Tuan Haji Nor bin Lembek.

Pada tengahari pula penulis bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Telekong dan berkesempatan bertemu mata dengan rakan-rakan lama.

Dalam suasana keceriaan berhari raya, penulis berkesempatan juga mencungkil beberapa fakta yang menarik dalam perbualan penulis dengan beberapa orang lama. Pada entri kali ini penulis ingin mengimbau kembali ke zaman dharurat dahulu dimana warga Telekong juga menerima kesan secara terus daripada kerenah anggota komunis.

Mengikut rekod sejarah, pasukan komunis cuba mempergunakan penduduk Kampung Patak bagi mendapatkan bekalan barangan yang mereka perlukan seperti bahan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan.

Mereka menawarkan ganjaran yang berkali ganda sebagai upah kepada sesiapa yang sanggup mendapatkan bekalan untuk mereka, umpamanya untuk sepasang kasut yang berharga $3.00, mereka akan berikan $15.00. Berikutan tawaran yang lumayan ini dan sebenarnya sebagai paksaan halus, mereka berjaya memaksa beberapa orang penduduk Kampung Patak sebagai agen pembekal barangan kepada mereka.

Diantara mereka ialah Pak tengah Yaacob dan Pak Lah. Kedua-dua mereka ini mendapat upah yang lumayan dan kerana kegiatan ini Pak Lah diberi gelaran sebagai Pak Lah Komunis.

Walau bagai mana pun, kedua-dua beradik ini menyedari kegiatan yang mereka jalankan itu adalah bersalahan dengan undang-undang negara. Namun untuk berhenti sebagai agen, nyawa mereka dan keluarga dan juga keselamatan seluruh penduduk Kampung Patak adalah dalam bahaya.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melapurkan kedudukan anggota komunis ini kepada pihak berkuasa secara sulit.

Rumah Pasong Kuala Krai

Berikutan itu satu perbincangan telah diadakan dengan pasukan keselamatan untuk mengatur satu serang hendap terhadap anggota komunis itu. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Pak Lah. Beliau telah menetapkan tarikh dengan anggota komunis yang perlukan barangan untuk hadhir ke rumahnya pada waktu malam jam 9.00 malam untuk mengambil bekalan.

Semasa beliau pergi ke Kuala Krai untuk membeli barangan yang dipesan oleh pasukan komunis itu, Pak Lah telah memberi maklumat berkenaan kepada pasukan polis. Setelah itu beliau pulang bersama barangan keperluan pasukan komunis dan menunggu saat yang telah ditetapkan.

Sekembalinya Pak Lah, pasukan keselamatan telah bergerak masuk ke Kampung Patak secara senyap. Mereka mengambil kedudukan di sekeliling rumah Pak Lah dan menunggu hingga hari malam tiba.

Tepat pukul 9.00 malam, Pak Lah keluar dari rumah dan memberi isyarat kepada anggota komunis supaya datang ke rumahnya bagi mendapatkan berangan yang dipesan. Pak Lah turun ke halaman rumah bersama barangan dan mendapati lima orang anggota komunis telah pun tiba. Sebaik sahaja barangan diserahkan kepada anggota komunis itu, Pak Lah telah memberi isyarat kepada pasukan keselamatan dan beliau terus merebahkan badan keatas tanah.

Serentak itu juga kedengaran tembakan senjata api yang berdentum dentam menghujani pengganas komunis itu. Pada masa itu Pak Lah tidak dapat hendak bayangkan perasaan takut dan gerun yang amat sangat. Takut terkena peluru tembakan pasukan tentera dan pada masa yang sama juga takut rancangan yang diaturkan gagal, beliau pasti akan menrima padah ditangan pengganas komunis itu.

Setelah tembakan berhenti, Pak Lah merasakan dirinya masih hidup dan perlahan-lahan mengalihkan pandangan kesekelilingnya. Kedengaran namanya dipanggil oleh sesorang dan dalam samar-samar kegelapan, beliau mendapati beberapa mayat bergelimpangan disekitar tempatnya meniarap itu. Setelah pasti bahawa yang datang itu adalah pasukan keselamatan, Pak Lah berusaha bangkit dari meniarap. Dia didatangi oleh pasukan keselamatan dan dimaklumkan bahawa lima orang anggota pengganas komunis berjaya dibunuh.

Kesemua mayat pengganas komunis itu dibawa ke rumah pasong Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya oleh pehak polis. Sementara itu, anggota tentera terus berkawal disekitar Kampung Patak bagi menjaga keselamatan penduduk.

Susulan daripada itu, bagi mengelakkan penduduk Kampong Patak menjadi mangsa tindakbalas pengganas komunis, pehak kerajaan telah mendirikan satu penepatan baru bagi meimndahkan seluruh penduduk Kampung Patak. Kawasan penempatan baru itu dipagar dengan kawat berduri dan dikenakan perintah berkurung pada waktu malam.
Inilah rupa pagar yang sama dengan yang didirikan untuk penduduk Kampung Patak di Dalam Kerawat

Penduduk hanya dibenarkan keluar daripada kawasan berpagar itu daripada pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. Keseluruhan kawasan itu dikawal oleh pasukan polis yang di panggil Special Constable atau sebutan ringkasnya SC.

Pasukan ini berkawal di pintu masuk dan keluar yang ada dua sahaja. Di ketuai oleh seorang anggota yang berpangkat Sarjan ia itu Sarjan Abdul Rahman. Beliau dikenali sebagai Serjan Deraman.
Pergerakan penduduk diperiksa dengan rapi

Penduduk mendapat bekalan makanan secara bercatu. Mereka diberi kopon dengan menghadkan barangan yang boleh dibeli berdasarkan jumlah bilangan isi rumah masing-masing. Mereka hanya dibenarkan membeli barangan disebuah kedai yang ditetapkan oleh pasukan polis di pekan Kuala Krai.

Dalam pada itu, seorang penduduk bernama Pak Su Abas telah ditahan semasa beliau balik daripada Kuala Krai kerana pehak polis mendapati beliau membawa barangan yang lebih daripada yang tercatat dalam kopon. Pihak polis mendapati dalam beg yang dibawanya terdapat beberapa tin susu yang mana barangan itu tidak tercatat dalam senarai kelulusan barangan yang perlu untuk keluarganya. Susu itu adalah untuk kegunaan bayi sedangkan dalam daftar ahli keluarga Pak Su Abas tidak ada kanak-kanak didaftarkan.

Pak Su Abas telah ditangkap dan ditahan di lokap rumah pasong Kuala Krai. Dalam rayuannya, beliau memaklumkan baru beberapa hari lepas beliau mengambil seorang kanak-kanak sebagai anak angkat dan tidak sempat untukmemakjlumkan kepada pasukan SC bertugas.

Satu siasatan yang diketuai oleh Sarjan Deraman telah dijalankan dirumah Pak Su Abas dan hasil siasatan itu mendapati memang ada seorang bayi dirumah itu. Berikutan itu Pak Su Abas dibebaskan daripada tahanan.

Tindakan kawalan yang amat ketat diambiloleh pasukan keselamatan adalh bertujuan supaya tidak ada barangan yang diseludup keluar dan sampai ketangan pehak pengganas komunis.

Kisah keberanian Pak Lah membantu pasukan keselamatan memghapuskan komunis menjadi satu sejarah bagi penduduk Kampung Patak dan Telekong. Dari insiden itulah beliau diberi nama jolokan sebagai Pak Lah Komunis.

Bagi generasi sekarang penduduk Kampung Telekong, sudah sangat jarang mengetahui tragedi bersejarah dimana di Kampung ini juga terdapat seorang insan yang sanggup berkorban keselamatan diri, keluarga dan kampungnya demi untuk mempertahankan negara daripada dijajah oleh pengganas komunis.

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya keatas roh beliau.

Kenapa Dinamakan Kg Dalam Kerawat?

Posted by tele | Posted in

Bagi generasi muda penduduk Kampung Telekong, mungkin tidak tahu kenapa dalam Kampung Telekong ini ada sebuah kampung komponen yang di panggil Dalam Kerawat?

Sebenarnya Dalam Kerawat ini diwujudkan oleh kerajaan British semasa era kebangkitan Bintang Tiga sebaik sahaja Jepun menyerah diri. Seperti yang penulis pernah tulis mengenai asal nama kampung Dalam Kelab terdahulu dari ini, bahawa disitu ramai penduduknya adalah keturunan Cina. Manakala Kampung Petanding dan Patak pula berhampiran dengan penempatan Cina ini.

Oleh kerana gerakan Bintang Tiga ini dikaitkan dengan komunis dan komunis pula didominasi oleh kaum Cina, maka adalah wajar untuk menjarakkan kaum Cina ini dari pengaruh Bintang Tiga.

Dengan demikian bagi menyekat gerakan Bintang Tiga, kesemua penduduk Kampung Patak dan Kampung Dalam Kelab di pindahkan ke kawasan berhampiran jalanraya supaya semua pergerakan merekamudah dikawal.

Penempatan baru ini dipagar kelilingnya dengan dawai (disebut kerawat) setinggi kira-kira 10 kaki. Kerawat ini dipasang rapat dengan arah horizontal dan menegak. Kepala pun tidak muat.
Hanya ada dua buah pintu untukkeluar masuk dari dalam kawasan berpagar.

Pergerakan keluar masuk dari kampung Dalam Kerawat ini dikawal oleh SC (special constable) atau pun homeguard.

Pengumpulan dan penempatan semula ini merupakan tulang belakang kepada rancangan Briggs untuk memutuskan hubungan dan segala jenis bantuan termasuk makanan kepada PKM dan pasukan bersenjata anti-British. Kawasan-kawasan pengumpulan semula dan kampung-kampung baru telah dikenakan perintah berkurung dari senja hingga ke subuh dan dikawal oleh pasukan keleselamatan, di pintu masuk ke kawasan ini telah dilakukan setiap hari, kawalan dan pemeriksaan untuk menghalang penduduknya membawa keluar barang-barang makanan, pakaian, perubatan dan lain-lain dari kawasan itu.

Oleh kerana penempatan Kampung Dalam Kearwat ini terletak dicelah tanah milik yang terhad, maka susunaturnya dari mula-mula ditubuhkan hingga kini tidak berubah, maka ianya telah menjadi begitu sesak sekali. Bilangan penduduk telah berkali ganda bertambah namun tapak kediaman masih sama luas sejak tahun 1940han hinggalah ketahun 2010, malah hingga hari kiamat!!!.

Sepatutnya ada usaha untuk pengambilan balik tanah atau apa saja ikhtiar bagi memperluaskan kawasan untuk menampung penduduk generasi baru.

Padang ragut (Wan Kerbau) sepatutnya dipohon supaya dibatalkan dan digunakan untuk tapak rumah penduduk bukan hanya untuk menampung dua orang peserta projek D' Raja yang mengaburi mata rakyat.

JKK Kampung mesti mengambil langkah yang lebih keras bagi menuntut padang ragut ini supaya ia membri manafaat yang lebih berfaedah kepada seluruh penduduk kampung Telekong.

Syarikat Kerjasama Kampong Telekong

Posted by tele | Posted in

Bagi generasi baru Kg Telekong mungkin tidak pernah terdengar nama Syarikat Kerjasama Kampong Telekong. Apatah lagi mungkin tidak pernah terpikir pernah wujud sebuah syarikat kerjasama di kampong ini.

Syarikat Kerjasama Kampong Telekong ini sebenarnya adalah lambang kesatuan penduduk kampung ini. Ia adalah hasil inspirasi beberapa orang yang perihatin kepada masaalah memproses hasil padi yang ditanam saban tahun oleh semua penduduk.

Setiap ketua keluarga di kampung ini mengusahakan tanaman padi. Samada mengusahakan atas tanah milik sendiri atau pun menyewa - perkataan lazim ialah pawah - tanah milik orang lain. Bagi memproses padi untuk dijadikan beras, amatlah berat. Sungguh pun berat ia terpaksa dilakukan juga kerana beras diperlukan setiap hari sebagai makanan ruji.

Langkah pertama ialah menuai apabila buah padi telah masak. Pada masa itu kerja menuai dibuat melalui dua kaedah utama. Yang pertama menuai menggunakan ketam atau lazimnya disebut ketaman.

ketaman
Kerja ini dilakukan dari satu batang ke satu batang padi untuk dipotong tangkai buah padi itu.

mengetam padi - nota: padi yang diketam ini belum masak - yang ini digunakan untuk buat emping @ po'oh

Majoriti yang melakukan kerja ini ialah wanita. Apabila segenggam tangkai padi yang berada dalam tangan kiri sudah penuh, ianya diikat. Satu ikatan ini dipanggil satu gemal.

satu gemal padi yang siap diketam - tuai

Gemal padi ini kemudiannya dikumpul dan diisikan kedalam cagak. Cagak mengandungi dua petak. Cagak yang berisi gemal padi ini kemudian dipikul oleh orang lelaki untuk dibawa balik kerumah bagi disimpan di dalam baloh.

baloh - tempat simpan padi

Satu lagi kaedah menuai padi ialah dengan cara perdu padi itu dipotong dibahagian bawah. Satu tong disediakan dengan tempat menghempas perdu batang padi bersekali dengan buah padi. Bila perdu padi dihempas keatas tempat menghempas yang ada didalam tong itu, buah padi akan tertanggal daripada tangkai dan jatuh berkumpul didasar tong atau disalurkan terus keluar tong, kedalam guni yang sedia ditadah diluar tong.

'memukul' padi

Proses ini dipanggil memukul padi.

men-ceru padi yang telah di 'pukul'

Langkah seterusnya ialah membersihkan padi. Bagi padi yang dituai menggunakan ketaman, ianya perlu di hirek supaya buah padi tanggal daripada tangkainya. Selepas itu padi yang telah di hirek atau dipukul akan ditampi pula untuk mengasingkan saki baki tangkai yang ada.

Apabila selesai ditampi, padi akan dijemur di panas matahari supaya bila ditumbuk nanti kulit dan beras mudah terpisah. Biasanya masa yang digunakan untuk menjemur padi ialah mulai jam 11.00 pagi hingga waktu asar.

Proses seterusnya ialah mengisar padi. Alatan yang digunakan bernama kisaran. Kisaran ini merupakan mesin pemproses ciptaan orang Melayu. Ia diperbuat daripada buluh, tanah liat dan kayu. Apabila selesai mengisar, tahap perosesan dari padi kepada beras sekitar 60 peratus sahaja. Hasil prosesan ini perlu pula ditumbuk menggunakan lesong kayu supaya menjadi beras 100 peratus.

kisaran padi

sedang menisar padi

Lesong terdiri daripada dua jenis. Lesong tangan dan lesong hindek.

lesong hindek

padi sedang ditumbuk menggunakan lesong hindek

Lesong tangan memerlukan penggunanya menggunakan tangan untuk menghunjam alu kedalam lubang yang telah berisi campuran beras/padi atau padi 100 peratus. Manakala lesong hindek pula menggunakan kekuatan kaki untuk menghenjut batang lesung.
lesong tangan

Bagi lesong tangan, dua, tiga atau empat orang boleh melakukan serentak tetapi mesti berasaskan kebijakan menentukan masa giliran menumbuk. Bila ini berlaku, bunyi yang dihasilkan membentuk satu irama pula!. Lesong hindek juga boleh menggunakan lebih dari seorang.

Semua kerja memproses padi menjadi beras, bermula daripada mengetam, menghirek, menampi, menjemur, mengisar, menumbuk dan menampi sekali lagi dijalankan sepenuhnya oleh wanita. Ia mengambil masa yang panjang untuk melihat sebiji beras muncul.

Menyedari kesulitan ini, beberapa orang penduduk kampung mengambil inisiatif cuba mengumpul pendapat semua penduduk kampung bagi mencari jalan bagaimana untuk membeli sebuah kilang padi. Beberapa perbincangan telah diadakan sesama mereka dan akhirnya satu perjumpaan seluruh penduduk diadakan di masjid. Keputusan daripada perjumpaan itu maka diputuskan semua penduduk bersetuju menubuhkan sebuah syarikat kerjasama dengan cara menyumbangkan kewangan seberapa yang termampu bangi mengumpul modal untukmembeli sebuah kilang padi.

Hasil darpada permaufakatan itu terkumpulah modal yang mencukupi untuk membeli sebuah kilang padi pada harga dalam lengkungan RM3,000 hingga RM4,000. Penulis tidak dapat mengingati dengan jelas tahun berapa kilang padi itu menjadi kenyataan tetapi jika tidak salah ingatan penulis ianya mungkin sekitar tahun 1964 atau 1965.

Bangunan kilang itu didirikan diatas tanah PakMat Bukit, di jalan ke Kampong Che Wal.

Apabila kilang padi itu beroperasi, 70 peratus bebanan kaum wanita sudah terlepas. Operator tetap kilang itu disandang oleh Abdul Rahman TokMat Sah. Beliau dibantu secara giliran oleh setiap ahli syarikat.

Antara individu yang menjadi penggerak utama syarikat ini ialah Tok Imam Daud, Paksu Jusoh, Pok Nik Lah, Pak Da Soh, Paksu Lah Stawa, Tok Penghulu Lipah dan yang lain-lain lagi.

Kilang padi itu adalah simbol perpaduan penduduk Kampong Telekong pada era 1960han. Penulis tidak tahu bilakah kilang padi itu berkubur. Dan apa nasib syarikat kerjasama itu sekarang ini.

Haji Musa Kampung Telekong

Posted by tele | Posted in

Pertengahan bulan Mac 2010 yang lepas penulis ada balik ke Kg Telekong kerana menziarahi Allahyarhamah ibu saudara penulis yang meninggal dunia, di Kampung Che Wal. Beliau ialah Che Sepiah atau lebih dikenali sebagai Makyah. Ibu kepada Che Hasan.

Sebaik sahaja penulis sampai di sempadan Jajahan Kuala Krai/Machang, di sebelah kiri jalan didapati bendang Becah Kecik telah pun ditambak dengan tanah. Ikut ingatan penulis, kawasan yang ditambak itu bermula daripada tanah arwah Haji Musa mesin padi hingga ke rumah Abdullah, anaknya. Tanah ini dipecahkan lot untuk dijadikan tapak rumah.
Maklumat lanjut mengenai pemaju tanah ini boleh dicapai di http://tanahlotmurah.com/?p=68. Ianya dinamakan sebagai Taman TAMAN ALFITYYAH PERDANA.

Penulis percaya bila taman ini sempurna dimajukan, ianya akan menukar wajah Kampong Telekong.

Bila menyebut Haji Musa mesin padi, penulis dapat mengimbau kembali dua perkara yang sangat berkait rapat dengan beliau.

Yang pertama beliau ada orang kedua yang memiliki kilang padi di Kg Telekong. Kilang padi milik beliau dari kategori sederhana besar. Ia dibena berhampiran rumahnya. Manakala sebuah kilang lagi dimiliki oleh Syarikat Kerjasama Kampong Telekong. Penulis akan menulis dengan lebih lanjut mengenai Syarikat Kerjasama Kg Telekong ini dalam entri yang akan datang.

Yang kedua mengenai Haji Musa ini ialah beliau merupakan satu-satunya orang yang menyediakan perkhidmatan pakaian pengantin, khusus untuk pengantin lelaki sahaja. Penulis yakin, setiap pengantin lelaki di Kampong Telekong ini pada era beliau, pastinya pernah mendapat perkhidmatan pakaian pengantin beliau untuk majlis persandingan. Haji Musa dibantu oleh anak lelakinya iaitu Abdullah. Abdullah yang mengenakan pakaian untuk pengantin dengan sedikit solekan manakala Haji Musa akan menjampi sedikit sbanyak untuk menaikkan seri pengantin disamping untuk menguatkan semangat semasa majlis persandingan.

Bila menyentuh mengenai majlis perkahwinan, sebenarnya ada rangkaian antara perkhidmatan pakaian pengantin dengan perkhidmatan jurugambar. Seperti satu kewajipan pula perkhidmatan jurugambar ditempah untuk mengambil gambar pengantin. Jurugambar ini boleh dikatakan profesional lah pada masa itu. Beliau ialah Encik Mohd Nor Tok Mandor Seman. Sama seperti Haji Musa, Mohd Nor juga pasti ada pada setiap majlis perkahwinan untuk tugasan penggambaran.

Juru gambar ini mendapat penghormatan yang amat tinggi semasa beliau menjalankan tugasnya. Sebelum beliau memulakan tugasnya, satu lorong khas disediakan dihadapan pelamin bagi kegunaan beliau mengambil gambar. Lorong khas ini dibina dengan membentang beberapa helai kain batik lepas yang dilipat selebar sehasta bermula daripada tangga pelamin hingga ke jarak jurugambar akan berdiri untuk mengambil gambar.

Setiap kali Mohd Nor mula menjalankan tugas menyenap gambar, riuh rendah majlis itu dengan latah dan gelak ketawa kerana terperanjat dengan sinaran lampu flash kamera yang macam api kilat. Kalau ada sepuloh orang yang latah, maka sepuluh gayalah aksi latah yang dapat disaksikan. Gegak gempitalah majlis kenduri itu.

Penulis akan menulis dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan majlis kenduri pada entri yang akan datang.

Berbalik kepada kemajuan Kampong Telekong, penulis sangat berharap kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong supaya dapat mencari idea yang lebih bagus untuk terus membangunkan kampong ini.

Manakala anak-anak Kampong ini yang berada di perantauan dan mempunyai idea yang boleh membantu meningkatkan samaada ekonomi penduduk atau pembangunan fizikal kampong, tolonglah bagi bantuan, bimbingan dan sebagainya demi untuk kemajuan kampong kita, Kampong Telekong yang indah ini.

Rencah Kg Telekong

Posted by tele | Posted in

Penulis ada sedikit masa surf internet mencari pelbagai berita mengenai Kampong Telekong. Ada beberapa carian yang menemui pelbagai maklumat yang ditemui:

1. SENARAI PERWAKILAN WANITA UMNO BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO 2008 - DARI TELEKONG:
NOOR AIZAM BINTI ABDUL RAHMAN
KETUA PENERANGAN WANITA BAHAGIAN
KAMPUNG TELEKONG
18000 KUALA KRAI
KELANTAN

Ketua Wanita tu penulis kenal sangat. Bahkan sahabat juga dengan penulis sepanjang tahun 1985 hingga 1990. Penulis bersama Kak Ani menguruskan perkahwinan sahabat baik penulis iaitu Zawiyah binti Abdullah dari Kampung Laloh dengan seorang lelaki warga Arab Saudi. Pernikahan dijalankan di Hotel Perdana.

Penulis dan Kak Ani sama-sama menghantar Zawiah ke airport Subang untuk mengikuti suaminya di Thoif, Saudi Arabia.

Nampaknya perwakilan wanita dimonopoli oleh orang Olak Jeram saja ye?

Penulis juga menemui banyak iklan untuk menjual tanah diMukim Telekong. Ada banyak iklan yang menawarkan lot-lot tanah samada tanah kebun atau lot tapak rumah dan juga kilang-kilang.

Ada juga penulis menemui kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan urusan jualbeli tanah di Kampong Telekong hingga ke mahkamah tinggi Kuala Lumpur.

Daripada pemerhatian penulis berdasarkan iklan-iklan yang tersiar dalam internet, kawasan Kampong Telekong ini menjadi pilihan utama pelabur untuk mendirikan kilang. Seperti yang sedia ada sekarang ini terdapat sebuah kilang papan dan sebuah kilang getah SMR di kampung ini. Kilang getah SMR ini dimiliki oleh Syarikat Lee Ruber yang dahulunya beroperasi di Wakaf Che Yeh.

Penulis difahamkan, kawasan sebelah Becha Kechil atau Che Wal merupakan tanah pegangan bebas. Sebab itu pelabur boleh membeli tanah dikawasan itu.

Di Bechah Kechil juga penulis mendapati bekas tanah bendang antara rumah arwah Haji Musa mesin padi dengan rumah anaknya depan Wakaf Zing, telah ditambak dan dijadikan lot-lot tapak rumah dan rumah kedai.

Alangkah baiknya jika sebuah stesen minyak dapat diwujudkan disitu.

Penulis juga mendapati satu papantanda yang tertera Projek D Raja. Bila disiasat lebih lanjut, projek ini merupakan projek Tengku Anis, Raja perempuan Kelantan. Tidak tahulah samada projek yang ada di Kampong Telekong itu berdaya maju atau tidak.

Perkembangan pembangunan di Mukim Telekong ini amat baik bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Dan Mukim Telekong amat berpotensi untuk lebih maju berbanding kawasan lain dalam jajahan Kuala Krai.

JKK Kg Telekong harus lebih aktif dan berinisiatif serta berinovasi untuk merebut peluang yang ada supaya lebih ramai lagi pelabur datang ke Telekong.

Keratan Akhbar Mengenai Kampong Telekong

Posted by tele | Posted in

Keratan Akhbar Mengenai Kampong Telekong:

Banjir di Kelantan, Terengganu makin buruk - Kosmo


KOTA BHARU - Seramai 264 penduduk daripada dua buah daerah merupakan mangsa terbaru yang dipindahkan apabila gelombang kedua banjir mula melanda negeri ini petang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, seramai 250 penduduk dari Kampung Telekong, Kuala Krai dekat di sini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Telekong, Kuala Krai kira-kira pukul 4 petang.

"Seramai 14 orang daripada tiga keluarga di Rantau Panjang pula dipindahkan petang semalam," katanya.

Gelombang pertama banjir yang berlaku pada awal bulan ini menyaksikan lebih 3,000 penduduk dipindahkan terutama di Rantau Panjang dan Tumpat dengan dua kematian dilaporkan.


BERITA HARIAN 07-Jul-2006

Sistem bina dan jual rumah hanya pilihan

KUALA LUMPUR: Pemaju dan pembeli rumah mempunyai pilihan menggunakan sistem baru berasaskan konsep bina dan jual atau terus menggunakan amalan sedia ada, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem bina dan jual bukan sesuatu yang diwajibkan untuk mana-mana pihak tetapi ia adalah satu pilihan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Media Prima Berhad bagi menghasilkan rancangan realiti TV berkonsepkan usahawan di lobi Parlimen, semalam.


Beliau mengulas kenyataan bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip yang menjangka harga rumah akan meningkat antara 30 hingga 100 peratus di kawasan tertentu, jika konsep bina dan jual dilaksanakan.


Rehda juga bercadang menemui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bulan depan bagi membincangkan insentif yang boleh ditawarkan bagi mengurangkan beban pemaju serta mengelak kenaikan harga rumah.


Pada 22 Jun lalu, Najib mengumumkan kerajaan pada dasarnya menerima konsep bina dan jual dengan pembeli dikenakan bayaran pendahuluan 10 peratus manakala baki 90 peratus hanya dibayar selepas rumah siap dibina.


Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, memberi jaminan harga rumah tidak akan melambung tinggi apabila konsep bina dan jual dilaksanakan kerana ia akan dipantau agar pemaju tidak membelakangkan kepentingan pembeli.


Dakwaan Rehda bahawa konsep itu menyebabkan harga rumah melambung tinggi tidak tepat dan contoh yang diberikan Rehda adalah ekstrem, katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Baru Telekong, di Kuala Krai, semalam.


Ong berkata, contoh yang diberikan di Bandar Utama, Damansara, Kuala Lumpur, tidak boleh dijadikan sebagai contoh keseluruhan kerana lokasi tempat itu berkos tinggi.


Beliau berkata, konsep itu digalakkan supaya pemaju terutama yang bermodal besar boleh memilih konsep yang mengenakan pembeli membayar 10 peratus wang pendahuluan, manakala baki 90 peratus dibayar selepas rumah siap dibina.

Beliau berkata, pemaju yang memilih konsep itu diberikan insentif seperti memberi kelulusan daripada peringkat awal hingga akhir sesuatu projek selain memberi pengecualian bayaran deposit RM200,000 atau duti setem kepada pemaju.

Lot Banglo di Kelantan


Kampung Telekong, Machang.

  1. 11 lot. Harga RM42,000 to RM48,000 setiap satu lot.
  2. Keluasan lot: 6000 - 6800 kaki persegi.
  3. Di tepi Jalan Besar KB - Kuala Krai.
  4. Tanah sama paras dengan jalan.

Kampung Telekong 2, Machang

  1. 30 lots. Keluasan setiap lot ialah, satu ekar bagi lima!
  2. Masih ada ialah lot # 9, 10, 19, 20, 30, 31, 32, 41, 42, 43, 49, 50, 57, 58, 64, 65, 66, 72, 73, 74, 77, 78, 79, 82, 83, 84, 89, 90, 91, 92
  3. Keluasan lot: 5300 - 6700 kaki persegi.
  4. Lebih kurang 200 meter dari jalan besar KB – Kuala Krai. Jalan masuk telah tersedia ada.
  5. Status tanah: Freehold. Semua rakyat Kelantan (Melayu, Cina, India dll) boleh memiliki.
  6. Harga: Dari RM25,000 ke atas untuk setiap lot mengikut lokasi dan keluasan.

Semua pertanyaan sila contact ariffinm@hotmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau sms ke 0122497384.

Ariffin.



Tanah lot getah kg dalam kelab,telekong kuala krai


Price: RM 39 000 Size: 3 Acres
Type: Land
Title type: Freehold Tenure: -


tanah kosong dan comel sangat untuk nak tanam getah dan sebagainya.(cuma ada beberapa pokok dokong rambutan durian tapi tanah tak cara.dulu tanah ni ada getah tapi sudah tebang sebab masa tu getah murah.berdekatan dgn lebuhraya yang akan dibina dari kb ke k krai(jika jadi buat)berminat hubungi saya HIM 0148077801 .nak jual murah jah 13 ribu seekar sahaja

Rupanya satu generasi peneroka Kampong Telekong telah pun tiada

Posted by tele | Posted in

Penulis berkesempatan balik ke Kampong Telekong daripada 13 Mac hingga 17 Mac 2009, selama lima hari. Sejak lebih 15 tahun lalu, inilah tempuh paling lama penulis berada di kampong dimana selalunya hanya dua atau tiga hari sahaja.

Tujuan penulis balik ke Kampong Telekong adalah sebagai memenuhi jemputan balas sepupu penulis yang melangsungkan perkahwinan anak angkatnya. Sebelum ini beliau telah pun memenuhi undangan penulis menghadhiri majlis perkahwinan anak penulis. Kali terakhir sebelum 13 Mac 2009, penulis balik ke Telekong pada tahun 2005.

Apabila sampai di rumah sepupu penulis ia-itu Maksu Timah penulis dapati ramai sahabat lama penulis sedang membantu kerja-kerja yang berkaitan dengan majlis itu. Semuanya ceria apabila bertemu penulis maklumlah telah lama tidak berjumpa.

Apa yang paling ketara pada pengamatan penulis, kumpulan yang dilihat sebagai "orang tua kampung" semuanya sebaya atau lebih tua sedikit daripada umur penulis. Sudah tiada lagi golongan tua yang sebenarnya seperti yang selalu terbayang dalam minda penulis. Tiada lagi Pakda Junuh, tiada lagi Pakda Soh, tiada lagi Paksu Musa, tiada lagi Mat Bachok, atau Paktengah Berahim.

Yang mengambil alih "post" mereka ini ialah Mat Tahir, Wahab, Pak Mezah, Mat Nor, Mamat Pesah, Mamat Tok Amoh, Musa Paknik Lah, Peli Paklah Setawa dan yang usia sebaya mereka.

Rupanya satu generasi peneroka Kampong Telekong telah pun tiada. Yang tinggal hanya dua orang sahaja lagi ia-itu Paksulah Mek Setawa dan Paknik Lah Maksu Baru. Sayu dan hiba. Sayu kerana teringatkan aura golongan bapa-bapa ini semasa menghadapi kegetiran membangunkan kampung dan terasa hiba bila menyedari kini, angkatan sebaya penulis yang menduduki ranking paling atas; bermakna golongan kamilah yang dipanggil "orang tua kampung" sekarang ini. Tetapi aura golongan bapa-bapa kami tidak boleh ditandingi oleh golongan kami sendiri.

Selain perubahan ranking dalam kampung, terdapat juga sedikit sebanyak perubahan dari segi sosial dimana pada masa ini telah kelihatan rumah-rumah yang baru dibina diperbuat daripada konkrit berbanding dengan rumah kayu. Rumah kayu yang ada semuanya yang lama-lama belaka. Pada asasnya pertambahan rumah batu ini berpunca daripada mereka yang bekerja disektor awam yang semuanya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan atau pun pinjaman personal Bank Rakyat.

Terdapat sedikit pelebaran jalan masuk dimana ada dibena bahu jalan sebelah kiri serta longkang konkrit sehingga ke madrasah Kampong Petanding. Di simpang masuk ke kampung pula pehak Majlis Daerah Kuala Krai ada membina empat unit gerai untuk digunakan sebagai premis perniagaan.

Suatu penemuan yang pada pengamatan penulis, agak baru ialah, setiap kedai kopi di kampung ini dipenuhi oleh pelanggan veteran tidak kira pada waktu pagi, petang atau awal malam. Bila di pandang dari jalan, kelihatan golongan kopiah putih atau kepala putih (beruban, samalah seperti penulis) sedang seronok bersidai. Pada masa penulis berada di kampung dahulu, fenomena ini sukar dilihat. Mungkin Dr Che Sepian daripada USM boleh beri sedikit komen tentang "gejala" ini.

Pada 17 Mac 2009 penulis sekali lagi menghadhiri majlis kenduri kahwin seorang lagi sepupu penulis iaitu Maksu Mek Imah Dalam Huma. Semasa dalam perjalanan ke rumah beliau, penulis dapati di kawasan Lebor telah dipenuhi rumah. Penulis difahamkan tapak rumah-rumah tersebut adalah tanah rizab Sungai Geh. Tidak mengapalah walau pun tanah rizab, sekurang-kurangnya ia dimanafaatkan dengan baik.

Pada masa penulis remaja dahulu, kawasan ini sangat ditakuti kerana dikatakan tempat berhantu. Terdapat sebatang pokok tualang yang amat besar dan tinggi tempat hantu bergayut. Tetapi pokok itu telah pun tidak penulis nampak lagi.

Suatu yang amat penulis gembira pada majlis perkahwinan ini ialah tuan rumah telah menjemput satu pasukan kesenian membuat persembahan mereka sepanjang hari bermula pukul 12.30 tengahari hingga malam. Penulis pada mulanya bercadang bertolah balik ke Pahang kira-kira pukul 10.30 pagi, tetapi bila dimaklumkan ada acara silat, maka penulis menundanya kerana ingin turut menyaksikan acara yang akan dipersembahkan.

Pasukan kesenian ini dibawa dari daerah Machang. Ianya merupakan gabungan persembahan pelbagai acara kesenian Kelantan iaitu seni silat, tomoi Siam, dikir barat dan main peteri. Penulis difahamkan kumpulan ini pernah dibawa hingga ke Perancis membuat persembahan kebudayaan Melayu Kelantan. Sebenarnya lebih kurang 30 tahun penulis tiada kesempatan menyaksikan secara langsung acara kesenian anak negeri Kelantan ini. Ditambah pula Makcik isteri penulis pun ingin juga menyaksikan. Bahkan sampai melatah-latah melihat gelagat lawak orang bersilat.

Diantara keistimewan kumpulan ini ialah mereka mempersembahkan silat yang disertai oleh gadis gadis muda. Dengan pakaian yang amat sopan, pasangan silat gadis ini memukau penonton dengan ketangkasan dan kelembutan tarian silat mereka.

Selain itu satu lagi kelebihan kumpulan ini ialah alat muzik mereka. Penulis berkesempatan meninjau dari dekat dan mendapati peralatan mereka terdiri daripada gabungan alat muzik untuk gendang silat dan alatan untuk wayang kulit. Daripada gabungan ini mereka mampu mempersembahkan lagu-lagu instrumental lama atau baru atau irama hindi. Alat muzik anchor ialah serunai. Jika ada yang berminat dengan kumpulan ini, bolehlah berhubung melalui PIBG Sekolah Kebangsaan Telekong, yang tahu alamat mereka.

Oleh kerana kekangan perjalanan jauh yang akan dilalui, penulis bersama isteri dan seorang cucu bertolak balik ke Pahang pada pukul 2.15 petang, tiga jam lebih lewat daripada jadual asal walau pun majlis bertambah hangat.

Perasaan sayu, hiba dan gembira berbaur daripada percutian ini.

Saudara Ramli bin Jusoh Kampung Telekong

Posted by tele | Posted in

Pada post kali ini penulis ingin menulis khusus untuk mengingati salah sorang sahabat karib penulis yang telah pun kembali ke Rahmatullah pada 11 Februari 2009. Beliau ialah Saudara Ramli bin Jusoh.

Seperti yang penulis telah catatkan dalam post nombor 4 yang lalu, Ramli adalah salah seorang daripada generasi pertama yang berjaya memecah kekangan minda orang kampung terhadap pentingnya memberi pelajaran kepada anak-anak.

Lihat sedutan dibawah:

Dari Kampung Telekong, sekumpulan kira-kira 15 pelajar menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah Kampung Pek. Antara mereka yang penulis masih ingat ia-lah:

Ramli bin Jusoh (Paksu Jusoh) - Telekong
Nordin bin Jusoh (Pakda Soh) - Telekong
Muhamad (Che Din) bin Shafei (Paksu Sepe'i)- Dalam Huma
Arifin bin Awang Nor - Dalam Huma
Nik Mat Hatta - Che Wal
Wahi - Che Wal
Ismail bin Rejab (Pok Jab) - Che Wal
Ramlah binti Yaakob - Telekong
Rohani binti Mahmud - Dalam Kerawat
Omar bin Muhamad -Dalam Kerawat

Ramli adalah anak kepada Paksu Jusoh dan Maksu Meknab. Beliau ada lima beradik seibu sebapa. (Beliau juga ada seorang kakak dan seoeang abang yang lain, samada satu ibu atau satu bapa tidak dapat penulis pastikan.) Daripada lima beradik ini, empat lelaki dan seorang perempuan. Dia anak yang kedua. Adik beradik beliau ialah:
Rosdi
Ramli
Khazanah
Azmi
Kamil

Bapa beliau iaitu Paksu Jusoh memang anak tempatan Telekong dimana bapanya ialah Tok Maksah Tokchik Yam. Manakala ibunya iaitu iaitu Maksu Meknab bukan asal dari Telekong, mungkin dari Machang ia-itu di sekitar lepas simpang jalan Machang - Tanah Merah ikut jalan lama.

Pada peringkat awal Paksu Jusoh dan keluarga tinggal dalam kerawat bersama ibu mertuanya. Kemudian kira-kira tahun 1962 atau 1963, Paksu Jusoh membuat rumah sendiri dipinggir Bendang Jambu. Lokasi rumah beliau agak terpencil iaitu bersetentang dengan tanah Haji Mat ayah kepada Hashim, berhampiran sekolah. Untuk pergi kerumah ini, kita kena berjalan melalui depan rumah Haji Mat dan menyeberang Sungai Geh. Selepas menyeberangi sungai ini barulah sampai ke rumah Ramli. Beberapa tahun kemudian, bapa Ramli membuat rumah baru di tapak yang ada sekarang ini.

Apabila rumah baru ini siap, barulah semua peralatan yang ada di rumah nenek Ramli di Dalam Kerawat dipindahkan sepenuhnya. Ramli dan penulis pada masa itu berumur kira-kira 10 atau 11 tahun. Sudah menjadi lumrah kami saling bantu membantu antara satu sama lain dalam apa juga keadaan. Atas lumrah itulah, suatu hari selepas habis waktu sekolah Ramli mengajak penulis membantunya untuk memindahkan sebuah almari lauk dari rumah neneknya ke rumah barunya.

Jarak daripada Dalam Kerawat ke Kampung Petanding jauhlah juga. Kami berdua pun mengusung almari tersebut. Beratnya tidak berpadanan dengan tenaga kami berdua namun oleh kerana tekad yang kuat, kami usung juga. Usung sekejap, kami berhenti. Lepas penat, usung lagi dan berhenti lagi dan usung lagi berulangkali. Sampai satu tahap, kepenatan kami dah tak terperi lagi. Lidah pun dah keluar terjelir.

Semasa kami terkial-kial mengusung almari tersebut, datang seorang apek penjual aiskrim. China apek ini tiap-tiap hari lebih kurang pukul 2 petang akan sampailah ke kampung ini menjaja aiskrim. Penulis fikir pasti apek ini kasihan melihat kami yang tidak terdaya lagi mengusung almari telah menawarkan pertolongan untuk menghantar almari tersebut hingga ke rumah Ramli. Apalagi kami pun sangatlah gembiranya bila apek aiekrim itu sudi membantu.

Lalu apek itu bersama-sama penulis dan Ramli pun mengangkat almari tersebut dan diletakkan diatas peti aiskrim yang terikat diatas basikal. Ramli dan penulis berada di kiri dan kanan basikal untuk mengampu almari supaya tidak jatuh manakala apek pula menyorong basikal. Kami bertiga menyorong basikal itu hinggalah sampai kerumah Ramli. Bila sampai ke rumah, ibu Ramli amat terkejut melihat kami, lebih-lebih lagi seorang China apek aiskrim yang dengan tulus ikhlas membantu kami yang pada waktu itu masih kanak-kanak lagi. Maksu MeKnab berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada apek itu atas pertolongannya dan beliau telah membeli sejumlah aiskrim untuk habuan kami. Sehingga hari ini, telah lebih 40 tahun peristiwa ini berlaku, penulis tetap mengkagumi sifat tulus apek aiskrim tersebut membantu kami walau pun kami pada waktu itu berusia hanya 10 atau 11 tahun.

*************

Jadinya perhubungan antara Ramli dengan penulis bertaut semenjak kami masih anak-anak lagi sebagai pewaris kepada hubungan antara kedua ibu-bapa kami. Kami bersekolah dalam satu kelas sejak daripada darjah satu hingga ke tingkatan tiga. Pergi sekolah bersama dan balik pun bersama.

Semasa dalam tingkatan tiga, lebih kurang enam bulan sebelum pepereksaan SRP, setiap malam penulis mengulangkaji pelajaran bersama dirumah Ramli. Maksu MekNab melayan penulis sama seperti anaknya sendiri. Makan anaknya, maka makanlah penulis. Semasa mengulangkaji pelajaran, jika kami terasa amat tension, kami mengajak abang Rosdi meneman kami untuk menyuluh ikan di Sungai Geh. Bila sudah penat kami balik tidur.

Semasa di sekolah menengah rendah, kami berada dalam satu kelab atau rumah. Kami mengambil bahagian dalam sukan bola sepak. Penulis merupakan penjaga gol tetap pasukan manakala Ramli bermain di pelbagai posisi. Ada masanya beliau mengganti tugas penulis sebagai penjaga gol.

Apabila keputusan SRP diumumkan, kami semua seperti senarai nama diatas telah lulus dengan baik dimana Ramli, Penulis, Ramlah, Rohani, Ismail, Mohamad dan lain-lainnya menduduki tingkatan empat di Sekolah Menengah Hamzah, Machang. Semasa di sekolah baru ini, penulis dengan Ramli masih berada dalam kelas yang sama, manakala Ramlah dan Rohani dalam kelas yang lain.

Bagaimana pun tidak lama selepas berada di sekolah baru ini, Ramli telah dihantar oleh ibunya tinggal bersama-sama emak saudaranya di Machang. Jadi berpisahlah kami di separuh jalan tetapi masih bersama diwaktu persekolahan. Tinggallah penulis bersama Muhamad, Ramlah dan Rohani setiap hari menunggu bas untuk pergi dan balik kesekolah dari kampung.

Selepas tamat SPM, masing-masing membawa diri ikut kemampuan sendiri. Ramli terus tinggal dengan emak saudaranya. Tidak lama kemudian, sekitar tahun 1970 beliau pergi ke Kuala Lumpur. Dan perhubungan kami terputus buat seketika. Melalui Paksu Jusoh, penulis dimaklumkan Ramli telah pun berjaya mendapat kerja dan bertugas di Seberang Perak. Pada masa itu penulis masih di kampung dan mendapat kerja sementara di RRI (Institut Penyelidikan Getah).

Pada tahun 1971, penulis menyertai program Belia Pembena Negara di Dusun Tua, Selangor. Tamat kursus di Dusun Tua, penulis mendapat jawatan di Felcra. Beberapa bulan kemudian, penulis dapat menghubungi Ramli melalui surat. Penulis dimaklumkan oleh Ramli bahawa dia juga bertugas di Felcra. Rupanya nasib kami masih lagi serupa sehingga waktu ini. Dia bertugas di Seberang Perak manakala penulis pula bertugas di Pahang.

Di Pahang, penulis di tempatkan di Jerantut. Tetapi pada waktu itu berlaku banjir besar di Pahang dan penulis tidak dapat sampai ke Jerantut dan diarahkan bertugas sementara di Felcra Berhala Gantang, Temerloh, satu tempat jin bertendang! Selepas banjir surut, penulis berpindah ke Jerantut. Selepas hampir dua tahun di Jerantut, penulis diarahkan bertugas berhampiran Kuantan Pahang. Selepas di Pahang, bertukar pula ke Trengganu. Dalam tempuh tiga empat tahun ini perhubungan kami terputus lagi kerana kesibukan tugas masing-masing.

Semasa berugas di Kuala Brang, Trengganu, melalui pemandu kenderaan yang baru bertukar dari Pahang, penulis mendapat maklum bahawa Ramli berada di Berhala Gantang, Temerloh iaitu tempat penulis pernah bertugas dahulu. Maka dari situ, perhubungan antara kami bersambung semula dengan masing-masing berutus surat.

Tidak lama di Berhala Gantang, penulis dimaklumkan oleh Ramli bahawa dia telah meletakkan jawatan dari Felcra dan akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan iaitu sebagai kontraktor. Dia kembali ke kampung dan mengadakan perkongsian dengan bapa saudaranya sebagai kontrakor pertanian. Bapa saudaranya telah berjaya membida kontrak memajukan ladang Felcra Bukit Sireh. Dengan pengalaman perladangan yang dimilikki oleh Ramli sepanjang perkhidmatannya sebagai Pembantu Luar Felcra, beliau telah berjaya membangunkan ladang Felcra Bukit Sireh dengan sempurna.

Selain bidang pertanian, beliau juga melaksanakan kerja-kerja pembinaan dengan memperolehi beberapa kontrak. Usaha gigih beliau memang membuah hasil dimana beliau mampu memiliki kereta mercedes benz 230D. Dan rasanya beliaulah anak Telekong yang pertama berjaya memiliki kereta jenis itu. Jika tidak salah ingatan penulis, nombor prndaftaran kereta itu ialah DM 90.

Mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja seharian, beliau semacam tidak memberi perhatian untuk mencari teman hidup. Sehingga penulis bertukar balik ke Kelantan pada tahun 1985 iaitu pada era kemuncak kejayaannya, beliau masih membujang sedangkan penulis dan semua rakan-eakan seangkatan lelaki perempuan telah pun mempunyai anak. Pada masa itu umur kami telah pun berada dihujung 30han.

Penulis difahamkan Ramli pernah bertunang dengan seorang pelatih jururawat. Tunang beliau ini sebenarnya junior kepada kami. Kakak kepada tunang Ramli juga adalah rakan sekelas kami semasa di tingkatan satu hingga lima dahulu. Bagaimana pun oleh kerana tempuh pertunangan yang panjang untuk menunggu tamat kursus jururawat, hubungan pertunangan mereka terputus. Mungkin kecewa yang amat mendalam daripada berputus tunang itu, beliau melupakan sementara waktu soal berumahtangga dan menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya.

Bagaimana pun sekitar tahun 1990, beliau telah bertemu jodoh dengan gadis sekampung iaitu anak kepada Mat Adam Tukang Gunting. Pada masa itu penulis telah pun bertukar tempat bertugas ke Trengganu pula. Dikhabarkan jodohnya tidak lama, akhirnya beliau berpisah. Penulis tidak tahu samada beliau dikurniakan anak atau tidak dari perkahwinan ini. Selepas berpisah dengan isterinya, Ramli hidup membujang kembali.

Setelah beberapa lama hidup sendirian, beliau telah mengidap penyakit lelah yang semakin lama semakin teruk. Akhirnya beliau berpindah ke rumah kakaknya, Mek Yah di kampung Paloh Rawa. Beliau juga mengidap beberapa penyakit lain lagi seperti buah pinggang dan juga jantung.

Dan beliau akhinya pergi mendahului rakan-rakan yang lain menemui Tuhannya pada 11 Februari 2009 di hospital.

Semenjak penulis berpindah ke Trengganu mulai tahun 1990 hinggalah beliau meninggal dunia, kami tidak pernah lagi bertemu. Walau pun begitu, setiap kali penulis berhubung dengan abang atau saudara mara di kampung, penulis tidak akan lupa bertanya khabar berita mengenai Ramli.
Begitu juga dia, setiap kali bertemu saudara mara penulis, beliau tidak lupa bertanya perkembangan diri penulis.

Pada masa kematiannya penulis menerima berita dalam masa yang terdekat, tetapi sayangnya penulis tidak dapat balik untuk menziarahinya. Memang sedih dan pilu. Tetapi seperti ketetapan Allah, yang bernyawa tetap akan kembali kepadaNya.

Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun, ampunilah segala kesalahan saudaraku Ramli bin Zainab. Cucurilah rahmat Mu dan tempatkanlah beliau dikalangan hamba Mu yang soleh.

Amin.

Askar Jepun yang membena jambatan kayu diatas Sungai Geh

Posted by tele | Posted in

Kampung Telekong, khususnya komponen kampung kecil didalamnya mulai keluar dari era kegelapan mulai awal tahun 1980han. Sebelum itu, ia sepertimana keseluruhan kampung lain dalam negara ini berada dalam keadaan tradisional dari semua aspek seperti budaya, ekonomi, infrastruktur, komunikasi dan sebagainya. Semua kemudahan asas untuk menjana ekonomi atau pun menggerakkan aktiviti sosial diusahakan sendiri oleh penduduk. Tiada bantuan ketara yang disumbangkan oleh kerajaan.

Dalam post kali ini penulis akan mencatatkan mengenai infrastruktur asas yang paling penting kepada penduduk Kampung Petanding dan Dalam Kelab iaitu jalan yang menghubungkan kedua -dua kampung ini dengan Kampung Dalam Kerawat dan khususnya ke dunia luar.

Sebelum adanya jalan yang berturap premix sebagaimana sekarang ini, jalan yang ada hanyalah jalan tanah yang asalnya dibina oleh pembalak yang menghubungkan Kampung Dalam Kelab melalui Kampung Petanding, Dalam Kerawat dan seterusnya ke jalan raya Kuala Krai/Machang.

Balairaya - disini penulis pernah menganjur majlis perjumpaan dengan Pegawai Hutan Jajahan Machang dan JPS bagi memajukan Bendang Becah batu Besar dan Bukit Kechik.

Semasa pemerintahan tentera Jepun, ada di ceritakan oleh orang-orang tua bahawa tentera Jepun ada membena jambatan kayu diatas Sungai Geh. Penulis sendiri sempat menyaksikan saki baki bahan binaan jambatan itu seperti tiang dan lain-lainnya. Saiz tiang yang masih berbaki pada waktu itu berukuran 18 inci persegi. Jambatan itu dibina di sebelah kanan jambatan sekarang ini kira-kira jarak 10 meter kebahagian hilirnya. Penulis juga masih ingat ada sebatang kayu balak di hadapan rumah Mek Chong (sekarang ini rumah itu dimiliki oleh arwah Pakchik Zakaria kedai runcit) yang dibiarkan disitu hingga reput dengan sendirinya.

Selepas jambatan yang dibina oleh tentera Jepun itu runtuh kerana dimakan usia, penduduk terpaksa menggunakan titi yang bina diats perumukaan air sungai untuk menyeberang Sungai Geh. Penulis percaya, titi yang lebarnya 18 inci ini adalah sisa bahan binaan jambatan Jepun itu kerana saiznya sepadan dengan saiz tiang masih ada.

Sekitar tahun 1965 ada usaha yang dikepalai oleh beberapa orang kuat kampung yang penulis ingat terdiri daripada Paksu Lah Maksu Baru, Pak Da Soh, Tok Lebai Daud (Tok Perdana) dengan kerjasama semua penduduk telah membena jalan bermula daripada simpang perkuburan hingga ke kawasan depan sekolah. Usaha membina jalan ini dibuat secara gotong royong dan dijalankan disebelah malam selepas waktu Isyak. Hasil daripada usaha gotong royong ini terbinalah sebatang jalan tanah yang lebarnya lebih kurang dua belas kaki dan selesalah untuk kegunaan basikal.
Kelinik Desa - dibangunkan sekitar tahun 1970han

Selesai membina jalan utama itu, mereka juga membina sebatang lagi jalan bermula dari simpang madrasah Kg Petanding merentasi Bendang jambu hingga ke Hulu Geh.

Walau pun begitu, penghalang utama kepada kesempurnaan jalan ini ia-lah untuk menyeberang sebatang parit di Kampung Petanding, merentasi Sungai Geh dan sebatang lagi parit berhampiran pagar sekolah. Bagi menyeberangi kedua-dua parit ini hanya batang kelapa digunakan sebagai titi. Manakala untuk menyeberangi sungai pula telah dibina titi seperti yang penulis ceritakan diata tadi.

Dengan kedhaifan jalan yang ada ini menyebabkan banyak halangan yang terpaksa ditempuhi oleh penduduk. Pertamanya bila tiba musim hujan, basikal tudak boleh digunakan kerana jalan becak. Terpaksalah berjalan kaki sahaja untuk sampai kejalan raya. Begitu juga untuk memunggah keuar hasil tanaman seperti getah, terpaksalah diangkut dengan basikal berkali-kali. Yang sangat menyedihkan ialah bila ada kes-kes penduduk yang sakit teruk yang perlukan rawatan dihospital, maka mereka ini akan diusung menggunakan tandu dari rumah hinggalah ke jalan raya.

Lebih kurang tahun 1967, seorang yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Dalam Kerawat bernama Pakchik Bakar Makchk Limah telah membuka era era baru dalam aspek ekonomi kepada seluruh warga Telekong. Beliau telah mengadakan rundingan dengan pengurus Estet Pasir Gajah untuk menjalankan perniagaan menjual susu getah - lateks - pemilik kebun getah di Telekong kepada Estet Pasir Gajah. Rundingan itu telah membuahkan hasil dimana pengurus Estet Pasir Gajah, seorang warga negara British bersetuju membeli lateks dari Telekong melalui Pakchik Bakar.

Maka dari saat itu, bermulalah urus niaga lateks dan Pakchik Bakar telah mendapat pendapatan yang baik. Beliau telah berjaya membeli sebuah kenderaan pick-up iaitu jenis Datsun yang digunakan untuk mengangkut lateks dari Telekong ke Estet Pasir Gajah. Aktiviti ekonomi orang kampung pun berubah sedikit dimana jika sebelum ini rutin harian menoreh bermula dari pukul 6.00 pagi akan berakhir sekitar jam 4.00 atau 5.00 petang, kini dengan menjual lateks, kerja mereka selesai sekitar jam 1.00 tengah hari. Masa selebihnya boleh ditumpukan kepada kerja-kerja lain pula.

Menyedari kesulitan penoreh untuk menghantar lateks ke stesen pengumpulan yang dibuat berhampiran pagar sekolah, ditebing parit dekat rumah Haji Mat, Pakchik Bakar telah berunding sekali lagi dengan Pengurus Estet Pasir Gajah untuk memdapat sumbangan pihak estet membina tiga buah jambatan yang menghubungkan Dalam Kerawat terus ke Kampung Petanding dan kawasan sekitarnya. Rundingan itu membuahkan hasil dan tidak lama kemudian, terbinalah tiga unit jambatan diatas Sungai Geh, parit Bendang Besar dan Parit di Kampung Petanding.

Pembinaan tiga buah jambatan ini memberikan manafaat yang sangat besar kepada kehidupan penduduk. Jika sakit, tidak perlu lagi memikul tandu untuk dihantar kehospital. Hasil pertanian pun boleh diangkut dengan lori. Bahan binaan rumah tidak perlu lagi diangkut dengan basikal atau dipikul.

Inilah jasa besar yang diusahakan oleh Pakchik Bakar untuk faedah seluruh penduduk Kampung Telekong. Ia memberi kesan kepada kehidupan sosial yang lebih baik. Sebelum adanya jambatan, penduduk kampung hidup dalam serba kepayahan. Umpamanya bila tiba musim tengkujuh, titi yang dibina di Sungai Geh akan tenggelam dan putuslah perhubungan.

Mungkin pada masa itu dan hingga kini, tidak ramai yang menyedari betapa besarnya sumbangan Pakchik Bakar kepada masyarakat. Begitu juga dengan beberapa orang tua kampung yang berusaha sendiri dengan seberapa yang termampu untuk memperbaiki atau mengusahakan membina kemudahan asas dalam kampung.

Sebenarnya masyarakat yang lama lebih tinggi daya juang dan jati dirinya dalam usaha memenuhi keperluan hidup. Mereka berikhtiar sendiri tanpa menunggu pihak lain datang memberi belas kesian.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas peneroka-peneroka kampung yang gigih yang telah pun pergi menemuiNya terlebih dahulu.

Sungai Geh sumber ekonomi Telekong

Posted by tele | Posted in

Di dalam Kampung Telekong, mengalir sebatang sungai kecil dari arah timur bermula daripada kaki Bukit Kecil, merentasi tengah-tengah kampung kearah barat dan menyimpang ke selatan membelah kampung dan bersatu dengan Sungai Nal didalam Estet Pasir Gajah.

Sungai ini purata lebarnya kira-kira 15 meter adalah nadi ekonomi bagi seluruh warga Telekong. Ia merupakan sumber bekaalan air untuk mengairi beberapa kawasan bendang padi yang menjadi denyut nadi ekonomi penduduk.

Bermula daripada sumbernya di kaki Bukit Kecil yang merupakan hutan tadahan hujan, mengalir daripada suatu lubang dicelahan batu-batan, keluarlah air yang keramat itu memberi rahmat kepada warga Telekong sejak beratus tahun lampau.

Sungai Geh. Itulah namanya yang diberikan kepada sungai bertuah ini. Sungai ini membekalkan sumber air kepada beberapa buah bendang padi ia-itu di sepanjang tebing kiri dan kanannya. Dibahagian tebing sebelah kirinya, ia membekalkan air kepada Bendang Hulu Geh dan Bendang Jambu, ditengah-tengah Kampung Telekong.

Di bahagian sebelah kanannya ia membekalkan air kepada Bendang Dalam Huma, Lebor dan seterusnya Bendang Besar.

Bagi tujuan menyalurkan bekalan air kepada semua bendang-bendang diatas itu, seluruh warga Telekong yang terdiri daripada Kampung Petanding, Dalam Kerawat dan Dalam Huma bergotong-royong membina saliran atau disebut parit bermula daripada sumber air di hulu Sungai Geh. Parit dibina dikiri dan kanan tebing Sungai Geh ini hinggalah merentasi bendang-bendang berkenaan. Tiada sebarang peruntukan daripada kerajaan. Penduduk sendiri membina dengan kudrat tulang empat kerat mereka menggunakan cangkul, penggali dan guni untuk membuat laluan parit ini. Panjang setiap satu parit ini daripada permulaan hingga akhir ialaj kira-kira lapan kilometer setiap satu.

Untuk membolehkan air sungai ini masuk kedalam saliran parit yang telah dibina ini, penduduk telah membuat sekatan atau ban atau disebut juga sebagai tandak didalam sungai. Ban ini diperbuat daripada tanah yang dipunggah daripada tebing kiri kanan sungai. Tinggi ban ini bersamaan dengan paras tebing. Apabila takungan air memenuhi kawasan yang di tandak, ia akan melimpah kedalam parit dan disalirkan terus ke sawah yang berkenaan.

Oleh kerana ban ini diperbuat daripada tanah sebagai bahan asas, pada setiap musim tengkujuh ianya akan pecah atau mengalami kerosakan. Dan setiap kali rosak, ban ini akan diperbaiki semula oleh penduduk kampung.

Pada tahun 1967, penulis masih ingat lagi ketika kami semua penduduk kampung sedang bertungkus lumus memperbaiki ban yang rosak, tiba-tiba muncul seorang anak muda ditemani Tok Penghulu Halipah menjengok melihat apa yang sedang kami semua lakukan. Orang muda tersebut ialah Tengku Razaleigh bin Hamzah. Beliau datang berjalan kaki dari arah Dalam Huma.
Apabila menyedari kehadhiran beliau, semua penduduk kampung berhenti bekerja dan pergi bersalam dengannya.

Tengku Razaleigh kelihatan berbual-bual dengan semua orang. Penulis tidaklah tahu apa perkara yang diperbincangkan kerana hanya berada sebentar sahaja dihadapan beliau kerana meneruskan kerja. Bagaimana pun dipercayai mereka berbincang mengenai ban inilah agaknya.

Begitulah seorang ahli politik, anak raja, sanggup berjalan kaki meredah hutan sejauh kira-kira lapan kilometer semata-mata untuk meninjau masaalah keperitan hidup rakyat. Ketika itu, tahun 1967 tidak ada apa-apa kemudahan yang dinikmati oleh warga Telekong. Semua infrastruktur asas dalam kampung dibina sendiri tanpa satu sen pun mendapat bantuan daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

Selang beberapa bulan kemudian, barangkali atas pertolongan Tengku Razaleigh, sekali lagi ban ini diperbaiki dan pada kali ini ia dinaiktaraf dengan menggunakan simen. Dan untuk beberapa tahun selepasnya, ban ini tidaklah mengalami kerosakan yang teruk setiap kali banjir.

Setiap hujung tahun, ketika musim tengkujuh - masa itu belum lagi dipanggil musim banjir - paras air Sungai Geh akan meningkat tinggi. Pada ketika inilah, kami budak-budak remaja berseronok sakan mandi di sungai ini. Panjat dahan pokok yang meruntai kearah sungai dan terjun tirok kedalam air. Budak-budak remaja perempuan pun tidak ketinggalan bersama-sama mandi dan pastilah kami bertambah seronok dapat menyakat mereka ini. Bagaimana pun kadangkala keseronokan kami tergendala apabila ada orang tua yang lalu dan ternampak kami sedang mandi manda, mereka menghalau kami balik kerumah kerana khuatir kami dihanyutkan arus.

Selain daripada menjadi sumber pengairan untuk sawah bendang, Sungai Geh juga merupakan sumber protein khususnya bagi penduduk Kampung Petanding yang menjadikanya sebagai tempat menangkap ikan. Pancing, taut, jail dan bubu adalah peralatan utama yang digunakan untuk menangkap ikan. Taut biasanya digunakan pada sebelah malam.

Pada musim kemarau, adakalanya air Sungai Geh ini kering langsung. Pada musim sebegini; kepada orang yang ahli dalam menjerat burung akan ke Sungai geh mencari saki baki lopak air yang tinggal. Di pinggiran lopak air ini mereka akan meletakkan getah yang melekit. Apabila burung memerlukan air untuk minum atau menyejukkan badan, mereka akan hinggap keatas getah yang dipasang ini dan bahagian kaki atau bulunya akan melekat pada getah tersebut.

Lebih kurang tahun 1967 juga Kampung Telekong telah mendapat sebuah masjid baru yang diperbuat daripada konkrit bagi menggantikan masjid lama yang kecil. Bahan binaan masjid ini iaitu pasirnya diambil daripada Sungai Geh. Itulah masjid yang tersergam di Dalam Kerawat itu didirikan daripada pasir Sungai Geh, masih tegap hingga sekarang.

Suatu yang tidak dapat dipisahkan dengan lagenda Sungai Geh ini khususnya di persekitaran jambatan dan rumah Hashim Haji Mat ialah kisah seram yang menyelubungi kawasan ini. Disini dijadikan sebagai tempat membuang ancak dan hantu, memuja semangat dan pelbagai khurafat lain semasa era kejahilan dahulu. Bagi penduduk kampung, bila sahaja matahari terbenam, akan cuba seboleh-bolehhnya mengelak menggunakan laluan ini kerana takutkan hantu.

Sungai Geh sekarang ini masih mengalir tetapi nampak lesu dan semak samun di tebing kiri dan kanannya, tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk kampung Telekong.

Otai Kampung Telekong Kuala Krai

Posted by tele | Posted in

Hari ini 18hb. Januari 2008, saya buka kotak email dan mendapati ada satu email daripada Sdr Dr Che Supian Mohamad Nor, Senior Lecturer School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, MALAYSIA. Terima kasih kepada sdr Dr Che Supian kerana respon saudara dan izinkan saya menulis selanjutnya berasaskan email saudara.

Saya berasa cukup bangga dan amat terharu sekali dengan kejayaan saudara dan seorang lagi seperti yang saudara maklumkan ia-itu saudara Dr Rosli bin Muhamad ia-itu anak kepada Mat Bachok.

Muhamad a.k.a Mat Bachok mengikut ingatan saya ada mempunyai beberapa orang anak ia-itu Mek Yah, Mahmud, Aminah dan seorang lagi anak lelaki yang saya tidak ingat namanya. Mungkin yang lelaki inilah yang bernama Dr Rosli (?) itu. Pak Mat ini bekerja di estet Pasir Gajah. Ia berasal dari Bachok, sebab itulah dia dipanggil Mat Bachok. Beliau merupakan orang pertama memilikki motosikal di kampung Telekong. Dia membeli sebuah motosikal jenis Honda Cub. Seminggu sekali Pakmat Bachok akan membasuh motornya di Sungai Geh dan kami budak-budak akan bersama-sama 'menyibuk' bersama beliau.

Dia juga antara tiga orang pertama yang memiliki radio di Kampung Telekong ini. Dua orang lagi ialah Tok ChikSoh Tok Mandur - bapa saudara kepada arwah Musa Pe'ah, bekas penghulu. Dan seorang lagi ialah Pakda Soh, jiran terdekat Pak Mat Bachok ini.

Tidak berapa lama beliau pakai Honda Cub, beliau telah menukar kepada motosikal yang lebih besar ia-itu Honda Bently 125cc. Semasa saya belajar di Sekolah Menengah Kampung Pek yang beroperasi di SK Jambu Lawar, saya selalu juga menumpang naik motor Pak Mat ini jika kebetulan dia balik dari pekan Machang. Tetapi tidak berapa lama lepas itu Pak Mat telah menjual motor ini kepada Hamzah dan saya rasa motosikal itu masih ada hingga sekarang ini.

Dalam siri terdahulu, ada saya tuliskan iaitu Aminah telah berkahwin dengan Mat Tahir, anak Tokchik Berahim. Rasanya mereka ini masih ada di Telekong. Mekyah pula telah berkahwin dengan seorang yang tinggal di Kampung Pemberian, dekat dengan Laloh.

Mengenai Pak Chek Tok Bilal ini, sampai hari ini saya tidak tahu nama sebenarnya. Yang saya tahu nama seperti itulah. Pak Chek Tok Bilal. Dan mungkinlah nama sebenarnya seperti sdr Dr Supian catatkan sebagai Muhamad Nor. Beliau ini rankingnya dalam kampung adalah setaraf dengan Tok Imam Daud, Pakda Tayib, Pak Chu Mahmud dan lain-lain. Kiranya VIP Kampung Telekong lah.

Pada zaman saya remaja, nama-nama diatas itu adalah cukup dihormati khususnya di Dalam Kerawat. Saya tidak pasti samada mereka masih ada atau telah mendahului kita semua.

Daripada maklumat yang sdr Dr Sufian sampaikan, saya rasa umur sdr sekarang ini ialah 39 tahun manakala Dr Rosli itu lebih tua sedikit. Bagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada saudara berdua kerana dalam usia yang masih muda telah berjaya memiliki Phd. dan ini patut dijadikan sebagai perangsang kepada generasi baru anak-anak Telekong.

Selamat majujaya dalam kerjaya.